Rabu, 02 Desember 2009


Habib Alwi bin Ali Al-Habsyi

Habib Alwi bin Ali Al-Habsyi ialah seorang ulama dan dai yang masyhur. Beliau merupakan anak bongsu kepada Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi pengarang maulid 'Simthud Durar' yang masyhur. Beliau juga pendiri Masjid ar-Riyadh di Kota Solo (Surakarta). Beliau dikenali sebagai peribadi yang amat luhur budi pekertinya, lemah-lembut, sopan - santun serta ramah tamah terhadap sesiapa pun terutama kaum yang lemah, fakir miskin, yatim piatu dan sebagainya. Rumah kediamannya selalu terbuka bagi para tetamu daripada berbagai golongan dan tidak pernah sepi dari pengajian. Beliau meninggal dunia pada 20 Rabiulawal 1373H dan dimakamkan di Kota Surakarta. Tempat beliau selepas itu digantikan anakandanya Habib Anis bin Alwi bin Ali bin Muhammad Al-Habsyi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar